dah bersawang rupanya blog ni... sekarang ni baru sahaja habis exam..jadi, bolehlah saya mencoretkan sedikit post kali ini... :)
kali ini saya terdetik untuk menulis tentang sahabat...
tatkala ini saya amat merindui sahabat2 yang sudah lama tidak ketemu...sahabat yang pada suatu ketika dulu selalu berada di samping ketika senang dan susah...tetapi sekarang tidak lagi bersua, hanya tulisan dan sms penghubung bicara....
persahabatan tidak terjalin secara automatik, tetapi memerlukan proses yang lama seperti menajamkan besi...begitulah di mana seorang sahabat 'menajamkan' sahabatnya yang lain..persahabatan yang diwarnai pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur dan disakiti, diperhatikan dan dikecewakan, didengar dan diabaikan, dibantu dan ditolak...namun begitu, semua itu tidak pernah dilakukan dengan sengaja, i.e tidak pernah dilakukan dengan bertujuan kepada kebencian...
saya mula merasa 'kerapatan' bersahabat itu sejak tinggal di asrama, i.e form 1... mana taknya, kami makan bersama, belajar bersama, solat bersama, tidur dalam satu dorm/bilik yang sama, pergi ke sekolah bersama... sakit pening, mereka lah yang membantu...kerana jauh dari parents...
memang saya akui, begitu sukar mencari sahabat...kawan memang ramai, tetapi dalam ramai2 kawan itu, belum tentu lagi akan berjumpa dengan seorang sahabat...tapi, alhamdulillah, sahabat2 yang saya jumpa setakat ini adalah tergolong dalam orang yang baik2...yang boleh 'ngam' dengan jiwa saya...jauh sekali untuk mendapat kawan yang bak kata orang jenis 'huha2'...
terasa rindu amat kepada sahabat2 saya yang satu sekolah...bagaikan mahu ulang kembali saat2 bersama2 di asrama...
Dan seorang remaja berkata,
Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
~ Khalil Gibran
credit to:
~sahabat di smktp...shahidah, miza, balqis, pika (bakal ibu-1st child), kila...
~sahabat di sbpij...fira, hadiah, umai, kak sha, dinah, farhana...
~sahabat di kmj...dian
~sahabat di utm...shu, ayu, eca, yani (bakal isteri orang..huhu)...






